Social Icons

Pages

Wednesday 1 November 2017

Kelas Asas Ukulele Percuma


KELAS UKULELE SECARA PERCUMA!!!

Kami di Kelas Muzik Murah bakal mengadakan workshop asas Ukulele secara PERCUMA, bagi korang tak kira peringkat umur dan jantina yang berminat nak join kelas ni boleh daftar disini
 ðŸ‘‰ https://tinyurl.com/kelasmuzikpercuma

Jom tunggu apa lagi?? best tau main ukulele ni lagi2 bila ada geng. Chaiyok!!

Saturday 28 October 2017

Kelas Muzik Ukulele Personal Coaching/Tutor



TAK TAHU MAIN ALAT MUZIK ðŸ¤”🤔? SAMPAI BILA BELAJAR Muzik MELALUI VIDEO DAN EBOOK? KALAU SALAH TAK ADA ORANG BETULKAN

Jom belajar muzik dengan kami secara PERSONAL TUTOR sampai pandai atau jaminan wang anda dikembalikan!

Nak belajar tapi tak tahu dimana? 
Baru Mula/Zero? 
Yuran terlampau mahal?
--------------------------------------------------------------------------------

Harini korang tak perlu risau lagi!

Kami memberikan peluang kepada anda semua untuk belajar alat muzik di tempat kami tidak kira peringkat umur dari kanak-kanak mahupun dewasa dengan harga yang sangat berbaloi yang pasti korang boleh repeat kelas selama setahun.

Tunggu apa lagi?
Kami mengajar dari HATI sampai JADI!
Kami nak bagi REPEAT KELAS 1 TAHUN FREE, nak? teruskan membaca.

📌 REPEAT KELAS selama 1 Tahun/9 Kelas FREE
📌PERCUMA UKULELE
📌KELAS BERKONSEPKAN PERSONAL COACHING 1 ON 1
📌1 Tahun group support whatsapp
📌1 Tahun group support Alumni
📌 Mengisi masa lapang dari membiarkan anak2 melakukan aktiviti tidak berfaedah.
📌Silibus yang SENANG dan SERONOK
📌BELAJAR sampai pandai. (Jaminan wang dikembalikan tertakluk pada terma dan syarat)

Antara kelas muzik yang ditawarkan ialah kelas belajar:
Ukulele & Gitar 

[ #PERHATIAN ] - OFFER sah sehingga 30 September dan TERHAD untuk 25 orang sahaja.
MUDAH, just klik sekarang:
www.wasap.my/601125500335 (Lya)
www.wasap.my/601125500335 (Lya)
www.wasap.my/601125500335 (Lya)

Link ini menentukan MASA DEPAN diri anda!
.
INGAT , LAST OFFER sah sehingga 30 September 11.59 mlm dan TERHAD untuk 25 orang sahaja

Monday 20 March 2017

Muzik dapat membantu perkembangan awal kanak-kanak?






Peranan Muzik Memupuk Minda Kanak-kanak

MUZIK sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyi-bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak.

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.

Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk operasi lengkap. Oleh itu, ia mudah menerima sebarang bentuk informasi. Ketika itu, telinga fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali suara ibu dan bunyi sekeliling.

Pada peringkat ini, Stimulasi Prenatal adalah digalakkan kerana kaedah ini melibatkan pelbagai rangsangan seperti bunyi, gerakan, tekanan dan getaran unuk berkomunikasi dengan bayi anda sebelum bayi dilahirkan.

Pada peringkat ini, bayi mula belajar mengenali dan bertindak-balas kepada rangsangan berbeza yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan deria mereka. Latihan ini membantu mengukuhkan ikatan hubungan ibu dan bayi, serta membantu dalam perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi.

Dalam tempoh sebelum dan selepas bayi dilahirkan, muzik klasik telah diyakini dapat memberi pengaruh yang kuat terhadap kepintaran kanak-kanak. Tetapi kajian menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan degupan jantung bayi bertindak balas terhadap muzik klasik, tiada kajian yang dapat membuktikan bahawa bayi hanya menggemari muzik klasik.


Kepelbagaian muzik

Kebanyakan pakar kanak-kanak akan bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti telinga bayi.

Kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi anda kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan, kata Dr. Lihanna Borhan, pensyarah Perkembangan Kanak-kanak di Universiti Malaya.

Baru-baru ini, ibu bapa di Malaysia telah dibanci tentang dua soalan berhubung muzik dalam perkembangan awal anak mereka melalui Tinjauan Pendapat Ibu Bapa Bijak yang dikendalikan oleh Mead Johnson Nutritionals.

Salah satu soalan yang dikemukakan mengkehendaki ibu bapa memberikan pendapat mereka sama ada muzik membantu anak mereka belajar dengan lebih baik.

91 peratus ibu bapa yang dibanci bersetuju dengan persoalan tersebut dan memberikan kesimpulan bahawa lebih ramai ibu bapa kini yang terdedah kepada sumber-sumber yang membantu dalam perkembangan awal anak-anak mereka termasuk muzik.

Satu lagi soalan yang dikemukakan adalah pilihan ibu bapa terhadap muzik klasikal atau muzik pop untuk anak mereka. Ia memberikan tindak balas bercampur kerana 57 peratus memilih muzik klasik manakala 43 peratus memilih muzik pop.

Walaupun majoriti ibu bapa menjawab ya, terdapat golongan ibu bapa yang berpendapat bahawa muzik pop juga bersesuaian. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan bagaimana cara ibubapa pada masa ini menggunakan muzik sebagai alat pembelajaran.

Apabila bayi anda mula membesar, dia mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik. Semua bayi mempunyai naluri deria irama dan menggemari muzik. Ingat lagi irama kanak-kanak yang anda pelajari di zaman kanak-kanak? Jika anda suka menyanyi Twinkle Twinkle Little Star, begitu juga dengan bayi anda.


Perasaan

Ibu bapa juga boleh mengetahui perasaan bayi anda dengan mengaitkan muzik atau bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu. Misalnya, apabila bayi atau anak anda tidak gembira, ibu biasanya akan mendakap anak mereka, mendendang atau mendodoikan anak dengan irama muzik.

Tidak kisahlah jika anda boleh menyanyi dengan sedap atau tidak, nada yang tenang atau melodi yang mendamaikan di sebalik suara ibu membantu menenangkan emosi bayi. Ringkasnya, bunyi yang tenang mempunyai kesan menenangkan terhadap bayi.

Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak, menjadikan mereka gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik. Sebaliknya, muzik klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan kanak-kanak, menjadikan mereka tenang dan patuh.

Dalam usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut.

Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.

Semasa usia bertatih, anak boleh menentukan penekanan terhadap bunyi seperti Tidak dan Berhenti, diikuti oleh bunyi geram, nada tinggi atau lain-lain konotasi agresif.

Ini juga boleh digunakan untuk perkataan positif seperti, Baik, Bagus atau Hebat. Kanak-kanak berupaya untuk mentafsirkan maksud melalui nada perkataan; umumnya jika apa-apa perkataan yang diucapkan tidak mempunyai ritma yang betul, tidak ada seorangpun yang boleh memahaminya.


Otak kiri

Pada bahagian kiri otak, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai Memori Tugasan Verbal. Bahagian otak ini mengendalikan semua simpanan dan pemprosesan informasi verbal, serta peranan penting pemprosesan bahasa. Semasa usia awal perkembangan kanak-kanak, mendengar adalah lebih baik dari membaca, sering dianggap sebagai bentuk pembelajaran yang efektif.

Memandangkan bahasa ucapan biasanya sementara, apa-apa bunyi yang tertinggal di belakang disalurkan dengan cepat dan disimpan dalam otak untuk rujukan dan perkaitan di masa depan. Oleh itu, pemahaman mendengar mengesyorkan bahawa lebih banyak pemprosesan semantik dalam Kawasan Broca.

Misalnya, dalam bahasa Mandarin, setiap suku kata dan nada adalah penting dalam membezakan di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain; jika diucapkan mengikut tahap nada yang berbeza, perkataan mi mungkin bermaksud untuk mengecilkan mata, nasi atau kebingungan.

Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak dileksia.

Seperti yang dinyatakan dari awal, pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada.

John Gabrielli, bekas Profesor Psikologi Stanford menekankannya dengan berkata: apa yang ditunjukkan oleh kajian ini, yang penting, terdapat aspek tertentu bahasa... Yang berubah dalam minda dan otak manusia dengan latihan muzikal.

Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan.

Di dalam artikel adakah muzik menjadikan kita lebih pintar? (Does music make us smarter?) oleh BabyClassroom.com mengaitkan muzik dengan perkembangan awal otak.

Mereka memetik kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw yang menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil pelajaran muzik menampilkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama.

Selain daripada itu, muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf. Malah, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.

Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, anak anda berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental.

Satu lagi faktor positif muzik adalah ia merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. Ya, muzik boleh memberikan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan tidak menggunakan pelajaran muzik yang boleh memberi tekanan kepada anak-anak sehingga melampaui keupayaan mereka kerana ini boleh memberikan akibat negatif.

Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran dan ibubapa perlu sentiasa bersama anak dan berinteraksi dengan mereka untuk memperoleh sepenuhnya kreativiti anak mereka, meningkatkan kemahiran motor atau mengatasi halangan kognitis anak mereka.

Menyanyi, bermain dan menarilah bersama anak anda, kerana tiada pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa.

Jom Join Kelas Asas Gitar Dan Ukulele !!

CUTI SEKOLAH March 2017 dah dekat. Jom join kelas asas gitar/ukulele kami dan dapatkan sebuah ukulele percuma. (Sila baca sampai habis!)
Kelas workshop ekspress untuk beginner kanak-kanak dan juga dewasa.
Yuran pendaftaran hanya RM199 sahaja percuma sebuah ukulele kepada yang mendaftar untuk kelas kami.
Workshop ekspress tidak memerlukan anda untuk datang banyak kali, sekali join bengkel kami selama 2 hari dan fahami asas untuk bermain ukulele, anda boleh terus praktikkan apa yang kami ajar dirumah.
Kelebihan join kelas gitar/ukulele kami adalah:
1. Mengisi masa lapang dari membiarkan anak2 melakukan aktiviti tidak berfaedah.
2. Silibus yang senang dan menyeronokkan
3. Kami akan ajar sehingga pandai. (Jaminan wang dikembalikan tertakluk pada terma dan syarat)
Lokasi: Bandar baru bangi
Jadual kelas: Sabtu dan Ahad.
Jika ada yang berminat boleh whatsapp kami di http://www.wasap.my/601125500335 atau komen pm. Kami akan menghubungi anda.
#kelasukulele #kelasgitar #bangi #putrajaya #kajang #sekolahmenengah #sekolahrendah

 

Hubungi Kami

Lokasi Kami

Kelas kami diadakan disekitar negeri selangor, Hubungi kami untuk maklumat lanjut
 
Blogger Templates